Wednesday, April 25, 2012

Rezeki itu perlu usaha

Assalammualaikum..

Susah sangat nak tidur.. maklum lah hostel ni betul2 dekat atas kedai mamak dan kebetulan malam ni ade perlawanan RM vs BM teka lah sendiri.. so ingat nak tunggu subuh je terus. Hari ni aku nak kongsi kan pengalaman aku sewaktu mule masuk ke Universiti..

"Bukan senang nak senang bukan susah nak susah" itulah antara pegangan hidup aku yang membuatkan aku menjadi seorang yang x mudah nak putus asa. Selesai saja aku menamatkan pengajian di Politeknik aku berhasrat untuk menyambung semula pengajian aku di universiti.. maklumlah.. zaman sekarag ni mana nak laku diploma kan.. maka aku bertekad untuk sambung walaupun aku tahu pointer bukan lah 3.5 and above tp still 3.0 ke atas jugak lah. Dan nak dijadikan cerita, ketika keputusan U keluar aku berasa macam usaha aku just takat diploma je lah kot. U yang aku apply sume x dapat dan ramai jugak lah antara mbr poli yang dapat ketika itu. Kawan-kawan sume nasihat untuk cuba membuat rayuan dan aku ikut je lah kata diorang dan bukan aku sahaja, 4 orang dari rakan aku pun ikut ape yang aku lakukan.. kami seringkali berhubung dan akhirnya kami semua dapat pun menjejakkan kaki di U idaman kami.. hehe UTeM. Maklumlah student poli.

Sepanjang tempoh rayuan tu macam2 perkara berlaku. kami terpaksa datang sendiri ke U untuk wat rayuam siap jumpe Tim Dekan.. hehe.. merayu2 nak masuk dan macam2 perkara berlaku. Pada mulanya pihak fakulti dah pun meluluskan permohonan kami namun di peringkat BPA tidak membnarkan. Mujurlah rezeki itu berpihak kepada kami dan akhirnya kami dapatlah juga.

Pelbagai reaksi dari kami mahupun keluarga dan teman-teman. Kebetulan ketika rayuan itu dibuat, kita tengah sambut raye puasa. Maka aku pun apabila ditanya:  Dapat sambung U untuk deggree? aku pun terkebil2 menjawab.. "hmm ntahlah 50 - 50 fakulti yang cakap lah".. haihh pandai jugak kan aku jawab untuk sedapkan hati diri sendiri.

teringat aku pada ayat alQuran

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

maka aku yakin apabila kita berusaha untuk sesuatu kebaikan nescaya ada ganjaran disebaliknya..
sekarag aku dah berada di tahun 2 semester 2.. kejap je masa berlalu.. maklumlah dapat skip 1 tahun.. dan tambah seronok apabila aku dpt wave JAVA programming.. bukan x minat ngan programming cume kalau dah berpeluang wave tu rase rugi pulak.

dan kini akulah seorang mahasiswa.. yang menggalas tanggungjawab keluarga, agama, bangsa dan negara insyaAllah..