Thursday, October 8, 2015

Konvo + mata bengkak

Konvo aku di utem..

Sebuah kisah yang penuh seribu rasa. Mungkin ada orang lain yang lebih teruk kisah nye dari aku. Tapi sekurang-kurangnya aku juga ada kisah aku sendiri.

Mak ayah siapa yang tak teringin melihat anaknya memegang skrol ijazah. Walaupun ianya sekadar kertas yang bergulung dan kini hanya di semat didalam fail sahaja. Ya. Sekeping kertas yang kalau dijual tiada harga pada sesiapa yang bukan pemiliknya. Tapi pada aku. Sekeping kertas itulah yang menjadi senjata untuk aku menongkah arus dunia.

Konvo aku jatuh pada hari  ahad. Ramai yang berpusu datang pada hari sabtu kononnya membuat persediaan. Ada yang datang bercuti maklumlah uni aku fi melaka. Sebuah kota bersejarah simpanan pusaka. Namun aku terhimpit desakan kerja. Tangunggjawab perlu dilaksana. Tepat jam 2 pagi aku mula menghidupkan enjin kereta. Mujur ayah ku dengan rela hati ingin menemanku seawal itu. Oleh kerana sepupu ku ingin turut serta menyambut hari bahagia. Mak dan yang lain-lain datang esok harinya.

Aku bertambah pilu bila mengenangkan kakak. Ingin benar dirinya melihatku berjubah di hari konvo. Namun mungkin ade sedikit masalah, kakak hampir sahaja membatalkan hajatnya. Mujur rezeki kakak ada ketika itu. Akhirmya kakak dan keluarga datang bersama

Jam 6 pagi aku tiba di merlimau untuk menjemput sepupuku. Setelah solat kami terus ke UTeM. Mujur ada mereka. Boleh lah menemani ayah ku bersarapan dan aku terus berpusu ke medan menunggu. Mata? Rabak tak perlu diterjemah.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa diduga. Selesai penerimaan skrol. Aku.keluar disambut girang keluarga tercinta. Hiba tiba terasa. Mata turut berkaca kaca namun ku tahan sahaja.

Kami beredar mencari selera. Kami mengambil gambar sekeping dua. Segalanya berjalan sangat lancar. Sempat aku bergambar bersama rakan. Dan selesai solat zohor giliran kami sekeluarga pula mengambil gambar. Kebetulan teman yang lain telah ku susun serapinya. Akhirnya misi berjaya.

Alhamdulillah.